Isnin, 11 Jun 2012

Apa Ada Dalam Istana Putera William dan Kate Middleton?Jom Terjah!!

  Akak Muhammad       Isnin, 11 Jun 2012
Setelah mengalami pemugaran dengan bayaran sebanyak 12 juta, Istana Kensington yang dahulunya merupakan rumah Ratu Victoria dan Puteri Diana akhirnya dibuka untuk umum.

Hal ini  membuat masyarakat dunia ingin tahu, seperti apa sebenarnya bahagian dalam istana mewah yang nantinya bakal di huni oleh pasangan Duke dan Duchess of Cambriage ini?

 Dilansir Dailymail, berbeza dengan kemegahan Istana Buckingham, Istana Kensington yang kecil ini menawarkan keselesaan khas monarki Inggeris. Istana Kensington ini dikelilingi sejumlah tanaman, kolam, patung yang terawat dengan baik.

Bangunan istana ini menjadi saksi bisu dalam perjalanan kehidupan peribadi keluarga Kerajaan Inggeris selama lebih dari 300 tahun.

 Dibuka untuk umum

Setelah mengalami proses pemugaran cukup panjang, Istana Kensington akan dibuka untuk umum dengan harapan ratusan ribu pengunjung akan mendatangi istana ini pada musim panas mendatang, saat London menjadi tuan rumah Sukan Olimpik. Saat melawat istana, pelancong juga boleh menyaksikan evolusi gaya berpakaian Puteri Diana selama bertahun-tahun dan contoh pakaian yang dia kenakan sebagai seorang puteri.

Selain itu, ada juga kemudahan gerai cenderamata, untuk tetamu yang berniat membawa oleh-oleh setelah puas mengelilingi istana ini. Istana ini diharapkan dapat menarik sekitar 300 - 400 ribu pengunjung setiap tahun atau lebih banyak 30% berbanding sebelum saat pengubahsuaian.











Wow!!!


logoblog

Thanks for reading Apa Ada Dalam Istana Putera William dan Kate Middleton?Jom Terjah!!

Previous
« Prev Post