Khamis, 14 Jun 2012

Minum air Kapur barus??


Kerana sayangkan bini,laki saya belikan saya air AlFalfa...dia suh minum sampai habis...
Ok..ok..saya minum..

ok jer..mula2 telan...hujung2nya terasa mcm saya telan air kapur barus jer...

tapi takut laki rasa hati..saya diamkan jer...
Apa nak buat..telan je la..yang bagus....buang air kecik saya dah ok..
kapur barus pun kapur barus laaa....janji baik

Ini air yang saya minum sekarang..
                        
Tahukah anda bahawa tumbuhan hijau menggunakan karbon dioksida dalam udara, air dan mineral daripada tanah dan cahaya matahari untuk menghasilkan makanan. Proses ini dikenali sebagai “fotosintesis”.

Pigmen hijau pada daun yang menyerap cahaya matahari dikenali sebagai “klorofil”. Klorofil adalah nutrien dari sumber semulajadi yang penting dalam penjagaan kesihatan yang baik. Alfalfa adalah daun herba yang sangat terkenal dalam perubatan tradisional masyarakat di negara-negara Arab.

Alfalfa bermaksud Bapa pemakanan kerana kandungan khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan klorofil hijau. Alfalfa mengandungi 4 kali lebih klorofil berbanding sayuran hijau lain. Ia dapat membantu kita menyahtoksin dalam badan dan memperbaiki masalah kulit anda.

Selain itu, ia memberi anda tenaga dan mengurangkan kepanasan badan. Orang China menggelarkan Alfalfa sebagai Raja Herba. Campuran istimewa daun Mulberry juga membantu mencegah selsema.

Siapakah yang harus minum ALFALFA ye?

Mereka yang terlalu kurus atau terlalu gemuk
Mereka yang menderita sembelit
Mereka yang menderita buasir berdarah
Mereka yang selalu makan di luar (ajinomoto)
Mereka yang mempunyai kulit muka pucat
Mereka yang kuat merokok dan alkohol tegar
Mereka yang kencing tak lawas serta batu karang
Mereka yang bermasalah nafas dan badan berbau
Mereka yang tidak suka makan sayur-sayuran
Mereka yang mempunyai masalah berat badan
Mereka yang kesibukan dan mengalami tekanan
Mereka yang mudah letih dan malas-malas
Mereka yang mempunyai masalah hati
Mereka yang selalu mengalami sakit tekak
Pengidap diabetis dan darah tinggi

Bukan nak kata apa...bagus tindakbalasnya..

Rabu, 13 Jun 2012

Gempar Kemalangan Di Landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud .Lihat!


Mangsa yang terlibat dalam kemalangan di LTSM diberi rawatan.

KUALA TERENGGANU – Suasana di landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini malam kelmarin, ‘gempar’ hingga menarik perhatian penduduk seketika dengan deruman jentera penyelamat yang terdiri daripada bomba, polis, ambulans dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang memperlihatkan seakan-akan berlaku kemalangan membabitkan pesawat.

Bagaimanapun, suasana ‘panik’ itu hanyalah lakonan semata-mata yang bertujuan bagi menguji tahap keberkesanan serta memahirkan jabatan atau agensi yang terlibat seperti mana yang terkandung dalam ‘Airport Emergency Plan (AEP).

Malah, LTSM juga muncul sebagai lapangan terbang pertama di negara ini mengadakan latihan separuh pada waktu malam sebagai persediaan sekiranya berlaku tragedi pada masa akan datang.

Menurut Pengurus LTSM, Dr. Ahmad Ramli Mahmood, setiap dua tahun sekali latihan bagi menguji prosedur sedia ada serta penambahbaikan prosedur ataupun peralatan operasi terutamanya yang melibatkan kemalangan lapangan“Latihan yang mula diperkenalkan sejak 2007 ini diadakan setiap dua tahun sekali, di mana sebelum ini kita hanya mengadakan pada waktu siang, tetapi bagi tahun ini kita telahmengadakan pada waktu malam untuk melihat persediaan dan kemampuan semua agensi yang terlibat sekiranya berlaku kemalangan sebenar.

“Melalui latihan yang diadakan ini juga kita dapat menilai tahap keberkesanan jabatan ataupun agensi yang terlibat dalam kecemasan lapangan terbang dan hasilnya yang ditunjukkan malam ini berjaya mencapai matlamat sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebaik selesai Latihan Kemalangan Pesawat Terhempas 2012 di LTSM, di sini, malam kelmarin.

Menurut Ahmad Ramli, dalam sesi latihan yang diadakan lengkap dengan bilik gerakan operasi itu menyaksikan seramai 50 anggota daripada enam agensi yang terlibat iaitu Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Hospital, JPAM dan LTSM.

Mengulas lanjut mengenai latihan kecemasan yang menyaksikan sebanyak enam syarikat penerbangan beroperasi termasuk sekolah penerbangan itu, beliau secara peribadi berpuas hati dengan kerjasama dan kesungguhan kesemua agensi yang terlibat dalam latihan julung kali diadakan pada waktu malam.

Antara enam syarikat penerbangan yang beroperasi di LTSM itu ialah AirAsia, Mas, Firefly, Webstar, Kistaa, APFT, HM Aerospace.

Selasa, 12 Jun 2012

3 Budak-budak Ini Berjalan-jalan Dialam Ghaib.Baca!


‘Bila malam kami takut nak pulang

SUNGAI SIPUT: Kehilangan misteri tiga kanak-kanak lelaki sejak Sabtu lalu terjawab apabila mangsa yang dijumpai selamat mengaku ‘mengembara’ menaiki basikal sejauh lebih 30 kilometer untuk mandi di air terjun serta berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di Jelapang, Ipoh, di sini.

Tiga kanak-kanak itu, P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen masing-masing berusia 12 tahun turut memberitahu tidur di kaki lima sebuah stesen minyak selepas bimbang ditahan polis.


Ketiga-tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Muhibbah, di sini, mencetuskan panik ibu bapa dan pihak sekolah selepas dilaporkan hilang sejurus keluar dari rumah mereka di Taman Lintang, di sini, jam 7 pagi Sabtu lalu, sebelum ditemui semula kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Mereka mendakwa mahu pergi ke sekolah bagi menghadiri kelas tambahan bagaimanapun tidak pulang ke rumah hingga lewat malam sebelum ahli keluarga membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput berikutan bimbang pelajar itu menjadi mangsa culik.


Muhamad Nazir yang ditemui di rumah keluarganya di sini, semalam, mengakui kesal dengan tindakan dia dan dua rakan lain menipu ahli keluarga kononnya mahu menghadiri kelas tambahan di sekolah.


Pelajar tahun enam itu berkata, mereka sebaliknya mengayuh basikal menuju ke kawasan air terjun Ulu Chepor di Chemor yang terletak kira-kira 20 kilometer dari rumah mereka.

“Kami kemudian menyambung semula perjalanan dengan mengayuh basikal ke pusat beli-belah Mydin di Jelapang. Kami teruja untuk pergi berjalan-jalan ke pusat beli-belah itu berikutan ia baru dibuka,” katanya.


“Kami menghabiskan masa di pusat beli-belah itu sebelum menyedari hari sudah malam. Ketika itu kami yakin keluarga pasti risau dengan kehilangan kami dan mereka pasti mencari.

“Bimbang untuk pulang pada malam itu kerana khuatir ditahan polis yang membuat sekatan di jalan raya. Kami tidur di kaki lima sebuah stesen minyak di Ipoh,” katanya.


Sementara itu, Muganasundram berkata, mereka kemudian mengambil keputusan mengayuh pulang pada tengah hari Ahad lalu sebelum ditahan seorang sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menjejaki mereka.


“Kami kemudian diserahkan ke balai polis berhampiran sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu bapa kami,” katanya kesal.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim, mengesahkan ketiga-tiga kanak-kanak itu sudah kembali kepada keluarga malam kelmarin selepas keterangan diambil.

Wajarkah Bella Dr.Sheikh Muzafar diajar berenang dalam usia sekecil ini?


Puteri Dr Sheikh Muszaphar 9 bulan belajar renang

                              

BERSEMPENA sambutan Hari Bapa, Mingguan Wanita menggandingkan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha bersama dengan puteri kesayangannya Sophea Isabella, sembilan bulan.

Menariknya, lokasi penggambaran kali ini dilakukan di dalam kolam renang memandangkan Sophea Isabella atau lebih mesra dengan panggilan Bella diajar berenang oleh ayahnya. Lahir di dalam air memudahkan Bella mempelajari proses untuk berenang dan apa yang nyata tak semua bayi yang boleh berbuat demikian.

Wajah polos yang memiliki mata bundar ini ternyata cukup bijak mendengar setiap arahan bapanya. Setiap kali diagah oleh penulis dan jurugambar, Bella tertawa riang sambil menampakkan beberapa batang gigi yang tumbuh di bahagian atas dan bawah.

Bibir mungilnya tidak henti-henti berbicara dengan bahasa bayi. Tatkala dibawa masuk ke dalam kolam oleh bapanya, Bella nampak cukup bersahaja langsung tidak menampakkan riak ketakutan di wajahnya.

                               
Dr Sheikh Muszaphar bersama anak perempuannya Sophea Isabella, 9 bulan

Percubaan pertama kali Bella dan bapanya menyelam membuatkan penulis berdebar menantikan dua beranak ini timbul di permukaan. Tiga saat kemudian Bella muncul dengan aksi dan wajah riang tanpa sebarang rasa takut.

Hampir sejam melakukan pelbagai gaya, barulah penggambaran selesai dijalankan. Sesekali kedengaran bunyi rengekan keluar dari mulut Bella yang cukup lucu sehinggakan bapanya serta yang terbabit dalam penggambaran tidak dapat menahan ketawa. Mungkin kerana mula rasa tidak selesa dan kesejukan membuatkan dia mula merengek.

“Saya dan isteri mula mengajar Bella teknik menahan nafas ketika berada dalam air sejak Bella berusia sebulan dengan meletakkannya di dalam tab mandi di rumah. Malah, setiap kali mandi kami akan menuangkan air ke atas kepalanya secara perlahan untuk membiasakan dia menahan nafas ketika di dalam air.

“Lama-kelamaan Bella semakin serasi dan selesa dengan keadaan tersebut sehingga berjaya mengawal sendiri nafasnya. Ketika Bella berumur empat bulan, kami mendedahkannya dengan aktiviti air di kolam renang.

“Sehingga kini, Bella sudah mampu menahan nafas dalam air selama tiga hingga 10 saat. Saya dan isteri akan biarkan dia menyelam sambil badannya dipegang kemudian ditolak ke hadapan dan akan disambut oleh isteri.

“Saya datang dari keluarga perenang, dua orang adik-beradik saya mewakili negeri dan tiga wakil negara. Bahkan, keluarga saya sejak awal lagi sudah menitik beratkan kemahiran berenang pada kami adik-beradik. Itu yang membuatkan saya terikut-ikut untuk mempraktikkan
kemahiran yang sama pada Bella,”ujar DR Sheikh Muszaphar yang mengakui isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunus juga pada awalnya agak ragu-ragu untuk berbuat demikian namun setelah melihat sendiri pencapaian Bella, dia semakin yakin.

Mungkin ada yang beranggapan sesuaikah Bella diajar berenang dalam usia sekecil ini, tetapi bagi Dr Sheikh Muszaphar, proses berenang sememangnya cukup baik untuk bayi.

Isnin, 11 Jun 2012

Apa perasaan korang apabila melihat gambar ini?


                          


Gambaran kaabah dari dekat buat yg tak pernah pergi/ zairah ke makkah..ini dari sudut Rukun Yamani...lihatlah sepuas2nya,inilah Kaabah yg mulia ( Baitullah )...

Kelambu Kaabah ini akan ditukar setahun sekali iaitu ketika jemaah haji sedang wukuf di Arafah..

Kaabah ini terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat...

Allahuakhbar..

Generasi Muda Zaman Sekarang Yang Kurang Ajar


alah siapa sekarang ni kalau kita lihat generasi muda yang kurang ajar? Nasib baik gambar di bawah ini diambil di luar negara. Tapi jangan pula terkejut jika perkara ini boleh berlaku jika kita tidak mengambil sikap berhati-hati dan tidak menumpukan perhatian kepada generasi muda kita yang dilihat kian kurang budi pekertinya.

Sesungguhnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan siapa diri anak-anak pada masa hadapan. Gambar di bawah diambil dari Tumblr yang bertajuk “I hate Spoiled Little Brats“.

                  
                         sebagai seorang ibu,sedih melihat situasi sebegini

HARTA MARK ZUCKERBERG 'LENYAP' USD 11 miliar DALAM WAKTU 3 MINGGU


                            

Harga saham Facebook yang terus menurun membuat pendirinya, Mark Zuckerberg kehilangan banyak uang. Kekayaannya memang masih berlimpah ruah, namun berkurang dalam nilai yang cukup wah.

Kekayaan Zuckerberg telah melorot dari USD 15,5 miliar saat ini menjadi USD 11 miliar. Artinya, lelaki yang baru saja menikah ini kehilangan USD 4,5 miliar .
Baru tiga minggu memasuki bursa saham, Facebook berdarah-darah. Nilai saham Facebook turun sekitar 29% menjadi USD 27,10 dari debutnya senilai USD 38.

Sebagai pendiri sekaligus CEO Facebook, Zuckerberg punya 408 juta saham. Sebelumnya, dia sudah menjual 126 juta saham Facebook senilai USD 4,78 miliar.

adakah ini bermakna??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...