Ahad, 10 Jun 2012

Muat Pulak Dia Ni Masuk Dalam Beg?

  Akak Muhammad       Ahad, 10 Jun 2012

Sembunyi Dalam Beg Untuk Diseludup Masuk Bangunan

Oregon – Pelbagai usaha dilakukan oleh Curtis T Lowe, 52, untuk membawa masuk teman wanitanya, Kola J McGrath ke dalam apartmennya walaupun wanita berusia 50 tahun itu telah diharamkan pihak pengurusan daripada memasuki bangunan tersebut, sejak 14 bulan lalu.

Antara yang dilakukannya ialah menyembunyikan wanita tersebut di dalam sebuah beg sebelum dia diseludup masuk ke dalam apartment itu.

Dengan ketinggian 1.67m dan berat 44kg, bukan sesuatu yang sukar bagi Lowe untuk membawa beg berisi teman wanitanya sejak 14 bulan lalu untuk masuk ke situ.

Wanita berkenaan diharamkan memasuki apartmen tersebut selepas dia merosakkan alat pemadam api ketika pasangan berkenaan bergaduh.

Bagaimanapun sepandai-pandai tupai melompat, McGrath akhirnya ditahan selepas seorang penghuni apartment itu berjaya mengesan kehadiran seorang wanita di dalam beg berwarna merah jambu itu.

Bimbang ia adalah kes culik, penghuni terbabit telah membuat laporan polis.

“Sebelum ini kami sering melihat beg berkenaan dan ada mendengar cerita seorang perempuan berada di dalam beg itu, sehinggalah kami berjaya membuktikan perkara itu.

“Namun saya rasa ia adalah kreatif,’’ kata salah seorang penghuni apartment, Aisea Poulivaati.

Sementara itu, polis yang mendapat laporan telah memeriksa apartment Lowe dan mereka akhirnya menemui McGrath bersembunyi di dalam almari.

Dia kemudiannya ditangkap kerana memasuki bangunan itu secara haram, namun dibebaskan.
logoblog

Thanks for reading Muat Pulak Dia Ni Masuk Dalam Beg?

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: