Isnin, 11 Jun 2012

Gadis Ini Beranak Sambil Berjalan.Lihat!!

  Akak Muhammad       Isnin, 11 Jun 2012
Seorang remaja perempuan melahirkan bayi ketika dia berjalan di sebuah jalan di daerah Bağcılar Istanbul sebelum meninggalkan bayi itu di kaki lima, menurut rakaman kamera. Gadis berusia 16 tahun itu dilaporkan memaklumkan ibu bapanya mengenai kehamilannya pada malam itu, dan mereka bertiga dilaporkan menuju ke pusat kesihatan apabila gadis itu melahirkan bayinya ketika dia sedang berjalan.

Kamera menunjukkan tiga orang (gadis itu dan ibu bapanya) merenung bayi di kaki lima dan kemudian berjalan meninggalkan bayi yang berlumuran darah itu. Gadis itu dilaporkan pulang terus pulang ke rumah, di mana dia menukar pakaian sebelum dibawa ke hospital oleh ibu bapanya.


Bayi itu kemudian ditemui oleh seorang kanak-kanak dan penduduk tempatan serta-merta membuat laporan kepada pihak berkuasa. Pegawai polis tiba tidak lama selepas itu dan membawa bayi yang ditinggalkan itu ke hospital.Bapa bayi itu ialah seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang tinggal dikawasan kejiranan yang sama dengan ibu bayi itu, segera ditahan.

Pegawai polis masih mencari saudara yang lebih tua budak itu, seorang pegawai polis. Ibu bapa kepada gadis itu pula dibebaskan selepas disoal siasat. Bayi itu berada dalam keadaan baik dan akan diserahkan kepada Social Services and Child Protection Agency selepas dirawat di hospital.

                                             

            
macam kuda je beranak..
logoblog

Thanks for reading Gadis Ini Beranak Sambil Berjalan.Lihat!!

Previous
« Prev Post

1 ulasan:

Terbakor berkata...

demi menutup malu.. sanggup atok nenek baby tu tgglkan darah daging mereka...