Aneh dan Menakutkan, Sebuah Bandar Di Greece Ditutupi Ribuan Sarang Labah-Labah
Bayangkan anda tinggal di sebuah bandar yang diliputi ribuan sarang labah-labah di kiri kanan jalan. Melihat gerombolan labah-labah merangkak bebas di setiap sudut bandar umpama berada dalam filem seram. Meremang!
Tetapi bagi penduduk di sebuah bandar di Greece, ia bukannya filem tetapi adalah realiti menyeramkan yang harus dilalui oleh mereka.
Menerusi laporan CNN, dalam beberapa hari kebelakangan ini, jaringan labah-labah itu telah ‘membungkus’ tumbuh-tumbuhan, pokok dan bot sepanjang terusan di Aitoliko, sebuah bandar yang dikenali sebagai ‘Little Venice’ di Greece.
Seorang penduduk, Giannis Giannakopoulos berkata, dia menyedari kehadiran sarang labah-labah itu pada awal minggu ini dan menangkap gambar menggunakan kameranya.
“Adalah semulajadi bagi kawasan ini untuk mempunyai serangga, bukan sesuatu yang merisaukan.
“Tetapi saya tidak pernah melihat mana-mana jaringan labah-labah sebesar ini dalam hidup saya,” katanya kepada CNN.
Fenomena ini jarang berlaku, walaupun jaringan labah-labah telah muncul sebelum ini di bahagian negara lain.
Menurut arachnologist Maria Chatzaki, ia selalunya dari jenis labah-labah yang sama, genus Tetragnatha, makhluk kecil tidak lebih dari dua sentimeter, atau 0.7 inci.
Chatzaki memberitahu CNN bahawa jaringan labah-labah ini sering berubah menjadi lapisan seperti lembaran yang merupakan rumah kepada beribu-ribu labah-labah yang tinggal di bawahnya.
Ahli biologi Yunani, Fotis Pergantis yang juga Presiden Messolonghi National Lagoon Park berkata, ada penjelasan yang mudah di sebalik fenomena aneh yang berlaku ini.
Di sebalik fenomena itu, Pergantis berkata, gnat adalah makanan kegemaran labah-labah berkenaan.
Ia merupakan serangga seperti nyamuk kecil dengan jangka hayat dua hingga tiga hari, gnat menggunakan sebahagian besar kewujudannya untuk membiak. Mereka berkembang pesat dalam suhu panas dan lembap dan terus membiak semula pada masa itu.
Oleh kerana kerana suhu di Aitoliko baru-baru ini telah menjadi ideal untuk serangga berkenaan, Pergantis berkata terdapat banyak pembiakan semula berlaku.
“Apabila suhu ini bertahan lama, kita dapat melihat generasi kedua, ke tiga keempat daripada seranggan ini dan berakhir dengan banyak populasi mereka,” katanya.
Dengan pertumbuhan serangga ini, labah-labah juga berkembang lebih banyak dan membiak.
“Ia fenomena mudah bagi pemangsa. Ia adalah tindak balas semula jadi ekosistem dan apabila suhu mula turun dan populasi gnat mati, populasi labah-labah akan berkurangan juga,” katanya.
Sumber : CNN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan