Ahad, 10 Jun 2012

Anda Lapar?Makan Biskut Tanah Pun Boleh...Lihat!

  Akak Muhammad       Ahad, 10 Jun 2012
Snek tanah liat panggang
                             
BIARPUN tidak mempunyai rasa, ampo yang rangup menjadi makanan warga Tuban, Indonesia.

JIKA tidak diberitahu terlebih dahulu, pasti ramai yang menyangka bahawa hidangan di dalam pinggan itu merupakan kepingan coklat gelap yang digulung.

Sebenarnya, makanan yang hanya popular di sebuah desa di Tuban, Jawa Timur, Indonesia itu diperbuat daripada tanah liat.

"Orang Tuban sahaja yang memakan tanah yang disebut ampo ini," kata seorang penjual ampo yang dikenali sebagai Rasima.

Jelas Rasima, ampo dipercayai mampu menghilangkan rasa sakit malah menjadi ubat untuk pelbagai jenis penyakit. Ia merupakan makanan turun-temurun warga kampung tersebut.

Cara membuat snek itu tidak terlalu sukar kerana tiada resipi khas mengenainya. Untuk membuatnya hanya memerlukan tanah liat yang diambil dari kawasan yang tidak tercemar.

"Cuma perlu cari tanah yang bersih yang tidak bercampur pasir. Kemudian ditumbuk dan dipadatkan sehingga membentuk seperti bongkah segi empat.

"Seterusnya kikis bongkah itu dan bentuk menjadi gulungan. Gulungan itu kemudian dibakar dan diasapkan selama sejam. Selepas itu ia sedia dimakan sebagai snek," kata Rasima.

Biasanya, Rasima menjual makanan tersebut di pasar sekitar rumahnya dan mampu memperoleh pendapatan sebanyak 20,000 rupiah (RM6.80) sehari, cukup untuk menyara keluarganya.
                             

Biarpun tidak popular, ampo terus menjadi pilihan ramai penduduk kampung tersebut sebagai salah satu cara untuk menjaga kesihatan.

Seorang peminat makanan itu yang enggan dikenali menjelaskan, dia telah memakan tanah bakar tersebut sejak kecil lagi kerana ia memberi keselesaan kepada perut dan menguatkan sistem pencernaan.
                            
Asal mulanya tanah digaul sebati bersama pasir dan kerikil


"Saya memakan ampo dari dahulu lagi kerana ia boleh menyejukkan perut saya. Saya tidak pernah berdepan masalah sepanjang makan hidangan itu," katanya yang berusia 40-an.
                          
                    Pastu bentuk-bentukkanlah sket supaya jadi bentuk segiempat

                             
                   Agak-agak dah sebati,,,bentukkan pula menjadi ala-ala stick gitu

                         
                              Pastu cam biasalah..cam biskut gak..bakarlah

                            
                        Tara!!..Dah siap untuk dihidangkan bersama kopi O panas..
logoblog

Thanks for reading Anda Lapar?Makan Biskut Tanah Pun Boleh...Lihat!

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: