Selasa, 12 Jun 2012

Wajarkah Bella Dr.Sheikh Muzafar diajar berenang dalam usia sekecil ini?

  Akak Muhammad       Selasa, 12 Jun 2012
Puteri Dr Sheikh Muszaphar 9 bulan belajar renang

                              

BERSEMPENA sambutan Hari Bapa, Mingguan Wanita menggandingkan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha bersama dengan puteri kesayangannya Sophea Isabella, sembilan bulan.

Menariknya, lokasi penggambaran kali ini dilakukan di dalam kolam renang memandangkan Sophea Isabella atau lebih mesra dengan panggilan Bella diajar berenang oleh ayahnya. Lahir di dalam air memudahkan Bella mempelajari proses untuk berenang dan apa yang nyata tak semua bayi yang boleh berbuat demikian.

Wajah polos yang memiliki mata bundar ini ternyata cukup bijak mendengar setiap arahan bapanya. Setiap kali diagah oleh penulis dan jurugambar, Bella tertawa riang sambil menampakkan beberapa batang gigi yang tumbuh di bahagian atas dan bawah.

Bibir mungilnya tidak henti-henti berbicara dengan bahasa bayi. Tatkala dibawa masuk ke dalam kolam oleh bapanya, Bella nampak cukup bersahaja langsung tidak menampakkan riak ketakutan di wajahnya.

                               
Dr Sheikh Muszaphar bersama anak perempuannya Sophea Isabella, 9 bulan

Percubaan pertama kali Bella dan bapanya menyelam membuatkan penulis berdebar menantikan dua beranak ini timbul di permukaan. Tiga saat kemudian Bella muncul dengan aksi dan wajah riang tanpa sebarang rasa takut.

Hampir sejam melakukan pelbagai gaya, barulah penggambaran selesai dijalankan. Sesekali kedengaran bunyi rengekan keluar dari mulut Bella yang cukup lucu sehinggakan bapanya serta yang terbabit dalam penggambaran tidak dapat menahan ketawa. Mungkin kerana mula rasa tidak selesa dan kesejukan membuatkan dia mula merengek.

“Saya dan isteri mula mengajar Bella teknik menahan nafas ketika berada dalam air sejak Bella berusia sebulan dengan meletakkannya di dalam tab mandi di rumah. Malah, setiap kali mandi kami akan menuangkan air ke atas kepalanya secara perlahan untuk membiasakan dia menahan nafas ketika di dalam air.

“Lama-kelamaan Bella semakin serasi dan selesa dengan keadaan tersebut sehingga berjaya mengawal sendiri nafasnya. Ketika Bella berumur empat bulan, kami mendedahkannya dengan aktiviti air di kolam renang.

“Sehingga kini, Bella sudah mampu menahan nafas dalam air selama tiga hingga 10 saat. Saya dan isteri akan biarkan dia menyelam sambil badannya dipegang kemudian ditolak ke hadapan dan akan disambut oleh isteri.

“Saya datang dari keluarga perenang, dua orang adik-beradik saya mewakili negeri dan tiga wakil negara. Bahkan, keluarga saya sejak awal lagi sudah menitik beratkan kemahiran berenang pada kami adik-beradik. Itu yang membuatkan saya terikut-ikut untuk mempraktikkan
kemahiran yang sama pada Bella,”ujar DR Sheikh Muszaphar yang mengakui isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunus juga pada awalnya agak ragu-ragu untuk berbuat demikian namun setelah melihat sendiri pencapaian Bella, dia semakin yakin.

Mungkin ada yang beranggapan sesuaikah Bella diajar berenang dalam usia sekecil ini, tetapi bagi Dr Sheikh Muszaphar, proses berenang sememangnya cukup baik untuk bayi.
logoblog

Thanks for reading Wajarkah Bella Dr.Sheikh Muzafar diajar berenang dalam usia sekecil ini?

Previous
« Prev Post

1 ulasan:

FaniEnuf berkata...

Kalau aku jadi ayah, aku buat perkara yang sama macam dia.